nuffnang add

Monday, November 24, 2008

IMPIAN

"Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~"

Aku dan suami ku ada satu Impian... tidur tak lena mandi tak basah... heheh. Peluang itu dah nampak di depan mata... dah melintas dahhh..... sama ada kami nak ambil peluang tu atau nak membiarkan ia berlalu begitu sahaja.. tapiiii kalau nak dibiarkan ia berlalu begitu sahaja... pasti ia akan meninggalkan kita??? Betul? Peluang apa?? Hanya kami yang tahu.. dan biarlah hanya kami yang tahu.. dan mungkin ada yang dah tahu.....namun biarlah kami memasang impian dan angan2 dan mengharapkan ianya menjadi kenyataan...
Harap2 impian itu akan menjadi KENYATAAN dan akan menjadi HADIAH paling bermakna sempena ULANGTAHUN perkhawinan kami yang ke-5 pada 25 December 2008....

Hitam Oren Menawan



Telefon Bimbit Walkman... aku berkenan dengan handphone terbaru Sony Ericson nie... lawaa... HItam..Oren... Menawannn....

"Melihat pada luarannya yang berwarna hitam piano, ia seakan begitu serasi dengan jiwa penggemar muzik yang elegan. Bahagian luarnya juga nampak unik dengan kemasan cermin manakala sisi bawahnya terserlah kejernihannya"

Aku terniat nak 'hadiah'kan pada suami Tercinta sempena Anniversary Perkahwinan kami...Husband aku mesti suka... riang ria tak terkata... tapi aku sendiri pon teringin handphone tu kalau aku beli kan utk aku sendiri kan bagus.. hehehe....

"Walaupun telefon bimbit ini, tidak mempunyai slot memori luaran, anda tidak perlu bimbang kerana memori bina dalamnya sahaja sebanyak 8Gb. Jadi, apa lagi yang anda perlukan?
Telefon bimbit ini dijual pada harga RM1,859"

Tapi..tengoklah harganya... suamiku.. tengoklah harganya... tak termampu pulak isterimu nak membelinya... minta maafla sayang... nanti yg beli HADIAH yang lebih istimewa... huhuhu. Aku dalam delima.. apa lah yang nak dihadiahkan untuk suami ku sempena ANNIVERSARY kami... Ada cadangan???

Thursday, November 20, 2008

HAPPY BIRTHDAY DANISH AMSYAR

Happy Birthday my son........ Hari nie genap umur Danish 4 tahun... baru nak masuk 4 tahun.. orang lain dah nak masuk 5 tahun... itulah ruginya lahir ujung tahun kann... sebab tu lah bila compare dengan budak2 lain yang sebaya dia macam 'adik' lagi... semua kawan2 kat sekolah dia panggil kakak n abang.. nama tak tau... heheh... pulak tu anak ku sorang nie masih lagi bercakap 'pelat'. Bila nak hilang nieee?? Danish kan dah jadi abg....??? Harap-harap tahun depan makin hilang lahhh....

Selalunya Birthday dia kami buat lah sikit jamuan.. jemput jiran-jiran.... sabor ye Danish... hujung minggu nie mummy n daddy buat lah 'party'... semalam wish dia happy birthday.. yang dia tahu nak "big cake.... put candle...danish blow" (hehehe ayat dia). "Danish want sponge bob cake... " kejap Sponge Bob kejap nak Barney hehehe... budak2 memang macam tu.. bukan dia makan sangat pon kek tu.. seronok sebab ada cartoon jer...

Kesian jugak anak ku yang sorang nie... semenjak ada adik selalu jugak kena 'marah'... dia semakin 'manja' nak kan perhatian.. yerlah dah 4 tahun melayan dia sorang tiba2 ada adik... dia nak kita 'layan' dia.. mulalah buat macam2 sampai kadang2 kita jadi penat.. bila jadik penat mulalah nak marah.. maaflah sayangku... mummy n daddy sentiasa sayangkan Danish macam dulu... marah mummy n daddy kerana KAMI SAYANGkan DANISH.... tapiii... nasib baik dia BEGITU SAYANGKAN adikk... tiap2 hari cium berkali-kali (sampai naik takut hehe)... sarung tangan n kaki selalu hilang kena sembunyi.. heheh...
Danish.. ini ucapan mummy buat Danish
" To my lovely boy... cute boy... clever boy....n good boy... I LOVE U SO MUCH.... nothing gonna change that.... jadilah anak yang soleh yang taat kepada-Nya, taat pada kedua ibu-bapa... Mummy doakan Danish akan sentiasa sihat... membesarlah menjadi anak yang bijak... rajin...n berjaya di Dunia dan Akhirat.. selamat ulang tahun ke 4"
SALAM SAYANG...
Mummy AYu :)

Monday, November 17, 2008

Dunia Baru

Aku dah memulakan rutin harian ku kepejabat setelah HABIS BERPANTANG 60 hari.....malas nak masuk keja.. cuti lama... syok gak dok umah jadi suri rumah walaupun tak berenti tangan keja tak habis-habis... melayan pulak si abg danish yg semakin kreatif menconteng.. buang sampah bawah katil, bawah sofa .. huhu....

Lama sungguh tak update blog.... imbas kembali saat aku melahirkan PUTERA ku yang ke 2.... wehhhh aku dah ada dua anak la....

DAMIEN AQHIEL... lahir jam 9.30 malam di Klinik Bakti Tanjong Malim...setelah 38 minggu berada di dalam perut mummy... sakit pinggang semua hilang.. sakit bersalin yang tak "terkata" tuuu pun hilang bila aku tatap baby ku buat kali pertama...

Pagi Jumaat tu aku dah rasa sakit... tapi tak kerap sangat... bagitau husband dia ajak g check la... aku rasa macam lambat lagi sebab sakit tu tak kerap... tapi ikut jer la cakap suami p lah jugak check... check baru 1cm... lambat lagi tuu...Dr suruh balik rest dulu. Dr kata mungkin malam kot... tapi kalau ada tanda dia suruh mai lagii... kami hantaq danish ker "school opis" then aku n husband balik rumah.. posa aku tergadai ari tu.. dengan selamba aku masuk KFC beli heheeh (tapi org paham tengok perot memboyot dah ).. makan tak selera pun seketul ayam pun tak dapat nak habisss... balik rumah aku terlelep...sakit sekejap ada sekejap takdak...aku terjaga dalam kul5 tengok dah ada tanda darah...banyak pulak tuuu... kami g klinik... baru 2cm lambat... Dr kata sakit dah over 50% macam dah sakit nak bersalin tapi lambat bukaan.... niee nampak gaya mcm lambat lagii Dr nak induis.. aku takmuu...wa......induis sakit... ramai kata sakitttttt woo
Aku kena tahan wadd.. kesian husband berbuka posa ngan Jai kat situ makan nasik goreng jer... anak sekali join dok kat wad... tq to Jaii.... banyak sangat dia tolong family kami... sanggup datang tunggu Danish. Lepas Maghrib nurse datang bawak aku masuk labor room check lagi lambattt baru 2 cm... 3 cm... Dr nak induis aku dia kata tak boleh tunggu.. tanda darah hitam takut baby tak sihat... Aku redha jaaa. walaupun dalam ati tuhan saja yang tahuu... waaaaaa. tak sangka nak terus kena induis.. husband tak masud labour room lagii Danish tak ada orang tungguu... Jai jaga exam.. husband call jiran aku yang setia jugak membantu... Jijan n Aida tq.. u all datang memeriahkan wad bersalin hehehehe...

Jam 8.00 pm diinduis 8.30 aku dah mula sakit... sakit yg kerap dan "ya amat sakit"...... waaaaaaaa tak boleh ingat.. mau nya macam nak gigit tilammm... mintak nurse panggil husband.. JIjan tak sampai lagiii n at last husband masuk jugak dengan anak.. kesian Danish takut tengok mummy sakitt... 8.45 dah tak tahan panggil Dr... check baru 5 cm... Dr ajaq aku cara supaya cepat bersalin.. kena berdiri bend kaki sakitttttttttt...tapi aku tabah kan atiii dok pikir nak cepat bersalin jaaa....NAsib husband ada... n Dr yang memang bersemangat memberi aku semangat... lahirlah DAMIEN AQHIEL jam 9.30 pm.... hilang segala sakit.

Aku dah mula busy kembali menguruskan 3 putera di rumah.. PUTERA yang kecik Ok jer...dalam pantang jer tak tido malam, sampai 6 pagi berjaga... yang 2 lagi PUTERA ?????? hehehe... bila nak dapat PUTERI nieee??? heheheh.. anywy..WELCOME to my new son... selamat datang ke DUNIA BARU.... u're most welcome in our family.....







(Damien baru jer keluar dari perut mummy)

Apabila Lelaki Curang


Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar,

"Yang jadi salah hingga boleh diistilahkan sebagai curang apabila sering mencari peluang untuk berdua-duaan, sama ada makan bersama sehingga berpeluang meluahkan perasaan atau memberikan kasih sayang,"

Mungkin hubungan yang dijalinkan mereka itu adalah terhad kepada batasan persahabatan?

"Persahabatan? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.

"Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, 'persahabatan' antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.
"Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta," jelasnya lagi.

Sebab itulah kata Tuah, beliau tidak menggalak sama sekali seorang lelaki atau wanita berstatus suami atau isteri menceritakan masalah peribadinya kepada seorang perempuan atau sebaliknya, sebab pasti mereka akhirnya akan terkandas.

Carilah orang yang betul untuk meluah masalah misalnya ustaz, ibu bapa, ketua jabatan, kaunselor mahupun pakar motivasi.

Wednesday, August 6, 2008

Hari-hari nan indahh

Assalamualaikum...

Lama sungguh blok nie menyepi... aku pun dah lama tak singgah di sini... ehmm sedaq tak sedaq minggu nie genap 34 minggu kandungan ku... minggu kena berjaga-jaga... DAnish dulu keluar minggu 34.. kelmarin jumpa pakar...dr suruh berjaga-jaga.... jangan la bersalin awalll tunggu la baby belum cukup lagiiii........ mummy ada banyak lagi keja kat opis nak kena settle.... waaaaaaaaaa


Sekarang aku dah sakit2 badan... sakit pinggang.. sakit belakang... tak macam dulu laa.. danish dulu aku relex jer ngandung tak sakit punnn... anak mummy kali nie sangat aktif dalam perut terasa sangat pergerakkan....ehmmm:)... sekarang dah kena check 2 minggu sekali kat clinic... tak larat ooo mau berulang....

Wednesday, June 4, 2008

students oh students

Dah lama tak update blok... aku terlalu busy nak keluarkan carry mark student-student aku yg tak sabaq-sabaq nak tengok... bila tengok frust... terkejutt... macam selalu-selalu terjadi bukan nak salahkan diri sendiri tapi suka menuding jari pada orang lain.... most of them memang teruk... nak bagi pengajaran... bukan senang nak dapat sesuatu kena ada USAHA, baru boleh berjaya... nie takkk... semua macam lepas tangann.. Aku nak tukaq mind budak2 nie biaq depa tau kalau setakat main2.. hantaq tugasan pun tak lengkap... kuiz dapat bawah 10 jerr mid sem terukkk....jangan harap la nak dapat PB tinggi........

Minggu nie dah start final exam.. lepas nie kalut pulak nak habiskan marking paper finall... ramai studenttt waaaaaaaa.... tak lama lagi dah nak p BTN... kena siapkan sebelum p BTN... boleh ker??? waaaaa....

Dah tak mau cerita pasall keja.... cerita pasalll bakal baby ku yang dah mencecah 25 minggu... 6 month.... berat ku dah mencecah 55kg... berat tau.. terasa badan ku yang tembam nie... tak penah lagi setembam nie....kejap jer masa berlalu.... perut makin memboyot.. badan makin berisi... tiap2 hari kena sakat ngan lakii...waaaaaaaaaaaaaaaa............. takpa abgggg jangan cabar yg lepas bersalin i slim balik macam anak dara... jangan jelesss... abg jugak still maintain... the way u are... hahahahahahahah....

Suami ku nak menceburi bidang theater... ehmm aku tau dia minat... dok berangan nak jadi putera pulak tu.... tiduq tak lena tau... hehehe... bukan aku tak suka tapiii... dok fikir2 boleh ker dia bagi komitmen dengan theater tu yg asyik nak kena p practice jerrr... kesian lah kat aku ngan kat anak n bakal anak sorang lagiiii tuu... waaaaaaaaa...... tapiii kalau dia nak teruskan aku tak halang punnn.. kalau aku halang takkan aku yg p teman dia p ujibakat.... kan abg?

Yg sentiasa sokong abang..lagipun berjayanya seorang lelaki... masih memerlukan" wanita" di belakangnya....


Thursday, May 15, 2008

Kesungguhan CINTA Lelaki



Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:



  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

  • Mencemburui kekasih atau isteri, mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.

  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.
    Lega apabila pasangan memujuknya.

  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

Baby..ohh baby




Kandungan aku dah mencecah 22 minggu... berat makin bertambah... kalau dibandingkan dengan Danish kali nie terasa lebih kembang dari duluu... yerlah dulu bersalin danish berat naik sampai 52kg jer... sekarang aku baru nak masuk 6 bulan berat aku dah 54kg... wah "terlebih sudah"... takpalah... asalkan anak nie sihattt dan janganlah PREMATURE lagi macam dulu... kang masuk keluar wad... satu hal lagii nak menyusahkan semua orangg.........


Kandungan ini memang aku tunggu sangat termasuk husband lah.. yang excited bila dapat tahu kami nak dapat baby lagi... Danish pun dah besaq... bulan 11 cukup 4 tahun... dah cerdik dah tapi MANJA lahhh Danishhh ngan mumyy...nak dapat adik nie lagi menjadi-jadi..kasian gak kat dia aku dah tak larat nak carry dia...20kg dah mana larat.. sorry sayang MUMMy....

Ari nie rasa sakit tekak...panas sejuk suam semua ada... macam mau demam.... gagah jugak masuk lecture nak habiskan mana-mana yang belum diselesaikan.. dengaq pulak student present.. menguap dekat 10 kali... bosan lahh. Kali nie bezanya aku jadi letih lebih sikit banding dulu.. maybe sebab dulu aku dok sorang2 kat kedah.. so sekarang i have commitment... yang patut diselesaikan dalam mana keadaan sekalipun... takmau pulak jadik malas kang nanti susah pulak nak bersalin... yang mana terdaya aku buatlah... tak mau lah pulak ada istilah "bersenang lenang' kat umah.

ANyway... untuk bakal baby yang bakal aku lahirkan.... "you are most welcome to our family"... mumy love u so much... dady and abg danish also love u so muchh... For my cute Danishh... mumy love u more n more everyday..... n lastly for my luvly husbandd... I LOVE U MORE THAN WORDS CAN SAY!

"Baby tengah menendang nie... hehehe"

Wednesday, May 14, 2008

PAGI YANG BOSAN

Ari nieee pagi2 mai opis bosss panggil aku... tut..tut..tut nak teguq aku pasai punch card... ada org "kaki report" kata aku dok tolong punch card kat member... n aku jugak mintak tolong member punch... berdesing telingaaaa.... sapalah yang punya diri yang tak ambik insurans NYAWA lagiiii nie.. memang lah hati manusia nie suka BERDENGki dengan orang tak boleh tengok orang senang...

AKu bukan nya apa... masalahnya benda tu dah biasa... ada dalam sebulan tu bukan tiap2 ari memang lah ada... tapi biasalah.... nama punmanusia "WE HAVE OUR OWN PERSONAL PROBLEMS.... " aku habih lewat mai opis kalau husband ada hal pagi terpaksa urus anak.. atau pun anak aku nak ikut akuuu.. habih lewat lah sikit bukannnnya aku ponteng then habih kuat pun aku tolong syam punch tu pun lewat 10 minit mcm tu ja tu pun kadang 2, 3 minit ja....
yang aku malas nak layan TEGURAN boss aku yang konon2 nya straight tuuuuu... sebab dia nak betul kan problem kecik aku.. padahal "PROBLEM BESAQ.. n ISU BESAQ" dalam opis tak setttle lagi.. dok ja ikut telunjuk si PEMBODEK.. yang tiap2 hariii masuk opis dia.. mengaduuu..... kalau betul nak teguq pasai punch kad dialu-alukan teguq jugak lah orang yang lebih kritikal memang sah2 tak masuk opis n pegi melencong... setakat masalah aku lewat 2, 3 minit BUAT APA!

memang bengang.. orang lain pun buat lahhhhh....... dalam bulan nie baru sekali lahhh aku buatt tupun tolong syam punch n sekali mintak tolong ju punch... depa pun dok mintak tolong aku lahhhh... .. boss pesan aku jangan buat ayat power dia "TAKUT JADI ISU".. isu ke benda... ?benda kecik nak besaq2kannn aku mCM TAU JA SAPA YANG KAKI REPORT tu.... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa malassssssssssssssss nak layannnnnnnnnnn.... GERAM. (Sabooo aku mengandunggg.... )

Boss aku yang konon2 straight tuuu tak tau orang semua dok meluat dia.. yang suka nak teguq benda2 mcm tu.. baru nie si IDA.. boss hantaq email "sila bayar bill air tumah anda 5.10 sen" hahaha kami pakat2 gelakkkkk................

Tahlahhh... DUNIA SEMUA Tuuu.... aku rasa aku cuba dah buat sebaik mungkin untuk family, untuk semua orang n last sekali barulah untuk diri sendiri... setakat terdaya untuk diri aku yang bernama manusia yang amat lemah dalam segala hal.....n "i'm not a SUPERWOMEN".. kadang2 mungkin aku jugak boleh jatuh tersungkur dan tak berdaya nak meneruskan apa yang aku usahakan...aku dah cuba nak permudahkan orang lain supaya tak dibebankan dengan apa yang tak terdaya aku lakukan.. tapi apa kan daya kadang2 orang lain terpaksa menanggung jugak beban tu... (Apa aku melalut dah....) tak paham takpa aku sorang ja yang paham.. hahahahahah

"I know that to love is to forgive.......
therefore, I always forgive someone for hurting my feeelings....
this way I teach them to forgive me when I hurt their feelings....."

Friday, May 9, 2008

keja oh keja

Kenapa tak sedap badannn.... tadi makan lewat ada kuliah sampai kul 10.. selalu before kul 10 tu dah soruuu duluuu dah... tahan perutt... jadi macam niee lah... rasa lain macam jerr... ehhh....
Sekarang tengah kalut dok kejaq silibus... berapa minggu jer lagi budak nak finall... ada satu topik lagii.. dalam keadaan dewan kuliah mcm oven (aircorn rosak) gagahkan la hati aku nieeee....student pun gelabah ja tak senang duduk...

Petang nie ada meeting.... aku sure memang panasss petang nie sepanasss bilik tu... hahah yang penting aku tak masuk campuq.... biaqlah mereke2 dengan cara mereka yang tak habis tak puas hati sana...tak puas hati sini.. bagi aku senang jer... buat jer keja sendiriii.... sapa yang dapat lebih tu "rezeki masing2"... aku tak kejar apa-apa... yang penting cukup bulan masuk gaji... dapat tampung gak kewangan keluarga hehehe.... (yer tak abg???)... tak dak MOTIVASI ker aku? taklahh... aku memang ada cita2 setinggi gunung tapii slow n steadyy... n yang penting JANGAN CARIK GADUH DENGAN ORG.. rimassss......

Esok suamiku nak jadik motivator.... wahhh "terlebih sudah"(STACY) hehehe... aku YAKIN dia memang kalau bab bercakap terorr... kadang2 aku memang tak reti nak bidass... dalam erti kata lain.. baik aku diammmmmm...hehehe... GOOD LUCK suamiku... mesti best punya abg punya slot... saja acah2 nak ikut diaa.... hehehe MALU la tu kalau aku tengokkk... motivator bawak anak bini hehehehe.... dr fazlyy... muka dah ada iras dahh hahahah jangan perasan

Tuesday, May 6, 2008

SERIBU TAHUN

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini....
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan...
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi...
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini....
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan....
Ku masih setia...

Adakah engkau tahu… ini cinta?
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya?

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia Jangan putus harapan… sedia setia……


"Bait kata lagu yang begitu indah dan puitisss........
masih adakah CINTA SEINDAH BEGINI????"

Friday, May 2, 2008

malam yg dingin....

dingin tapi tak sejuk....deruan air memecah keheningan malam...aku dengan suami tersayang duduk bersantai di tengah laman rumah yg kami cipta bersamaa.....sambil die mengajar aku membina dunia baru aku..blog.....dunia yg dah lama ku dengar...tp malam ni baru aku dapt tahu seronoknya dunia inii...tq abg....

.....Malam nie malam sabtu.. ahhhh esok aku keja laaaaa... bosann betul.. sapa suruh kasi cuti mengundi last-last kena masuk keja... ada lecture pulak... . tak buat karang tak habis lah silibus...takut pulak kedepan-depan nie tak larat nak buat kuliah.. dah 20 minggu baby ku...dah mula terasa tendangannya.... bestttt kannn.?

permulaan hidupku di blog.....


welcome to myself...in this sweet world.......hehe..hope so....