nuffnang add

Thursday, May 15, 2008

Kesungguhan CINTA Lelaki



Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:



  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

  • Mencemburui kekasih atau isteri, mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.

  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.
    Lega apabila pasangan memujuknya.

  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

1 comment:

asmawie said...

abg rasa semua yg tercatat ttg coretan disebalik..."kesungguhan CINTA lelaki" tu..abg dah laksanakan.....cuma dgn cara tersendiri....hrp di hargai seadanyaaaa.....