nuffnang add

Monday, November 17, 2008

Apabila Lelaki Curang


Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar,

"Yang jadi salah hingga boleh diistilahkan sebagai curang apabila sering mencari peluang untuk berdua-duaan, sama ada makan bersama sehingga berpeluang meluahkan perasaan atau memberikan kasih sayang,"

Mungkin hubungan yang dijalinkan mereka itu adalah terhad kepada batasan persahabatan?

"Persahabatan? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.

"Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, 'persahabatan' antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.
"Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta," jelasnya lagi.

Sebab itulah kata Tuah, beliau tidak menggalak sama sekali seorang lelaki atau wanita berstatus suami atau isteri menceritakan masalah peribadinya kepada seorang perempuan atau sebaliknya, sebab pasti mereka akhirnya akan terkandas.

Carilah orang yang betul untuk meluah masalah misalnya ustaz, ibu bapa, ketua jabatan, kaunselor mahupun pakar motivasi.

2 comments:

cappuccino said...

salam..tahniah dpt baby boy br..mungkin ayu xingat sy..tp pernah sekali dulu sy & fmly pg raya rmh..moga kehadiran insan br akn menambahkan reeki fmly nt..

salam,
rusdi
sheffield, uk

AYU said...

macam kenal kot..tanya husband dia kata kenall... tq... selamat meneruskan perjuangan di UK!