nuffnang add

Monday, November 24, 2008

IMPIAN

"Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~"

Aku dan suami ku ada satu Impian... tidur tak lena mandi tak basah... heheh. Peluang itu dah nampak di depan mata... dah melintas dahhh..... sama ada kami nak ambil peluang tu atau nak membiarkan ia berlalu begitu sahaja.. tapiiii kalau nak dibiarkan ia berlalu begitu sahaja... pasti ia akan meninggalkan kita??? Betul? Peluang apa?? Hanya kami yang tahu.. dan biarlah hanya kami yang tahu.. dan mungkin ada yang dah tahu.....namun biarlah kami memasang impian dan angan2 dan mengharapkan ianya menjadi kenyataan...
Harap2 impian itu akan menjadi KENYATAAN dan akan menjadi HADIAH paling bermakna sempena ULANGTAHUN perkhawinan kami yang ke-5 pada 25 December 2008....

Hitam Oren Menawan



Telefon Bimbit Walkman... aku berkenan dengan handphone terbaru Sony Ericson nie... lawaa... HItam..Oren... Menawannn....

"Melihat pada luarannya yang berwarna hitam piano, ia seakan begitu serasi dengan jiwa penggemar muzik yang elegan. Bahagian luarnya juga nampak unik dengan kemasan cermin manakala sisi bawahnya terserlah kejernihannya"

Aku terniat nak 'hadiah'kan pada suami Tercinta sempena Anniversary Perkahwinan kami...Husband aku mesti suka... riang ria tak terkata... tapi aku sendiri pon teringin handphone tu kalau aku beli kan utk aku sendiri kan bagus.. hehehe....

"Walaupun telefon bimbit ini, tidak mempunyai slot memori luaran, anda tidak perlu bimbang kerana memori bina dalamnya sahaja sebanyak 8Gb. Jadi, apa lagi yang anda perlukan?
Telefon bimbit ini dijual pada harga RM1,859"

Tapi..tengoklah harganya... suamiku.. tengoklah harganya... tak termampu pulak isterimu nak membelinya... minta maafla sayang... nanti yg beli HADIAH yang lebih istimewa... huhuhu. Aku dalam delima.. apa lah yang nak dihadiahkan untuk suami ku sempena ANNIVERSARY kami... Ada cadangan???

Thursday, November 20, 2008

HAPPY BIRTHDAY DANISH AMSYAR

Happy Birthday my son........ Hari nie genap umur Danish 4 tahun... baru nak masuk 4 tahun.. orang lain dah nak masuk 5 tahun... itulah ruginya lahir ujung tahun kann... sebab tu lah bila compare dengan budak2 lain yang sebaya dia macam 'adik' lagi... semua kawan2 kat sekolah dia panggil kakak n abang.. nama tak tau... heheh... pulak tu anak ku sorang nie masih lagi bercakap 'pelat'. Bila nak hilang nieee?? Danish kan dah jadi abg....??? Harap-harap tahun depan makin hilang lahhh....

Selalunya Birthday dia kami buat lah sikit jamuan.. jemput jiran-jiran.... sabor ye Danish... hujung minggu nie mummy n daddy buat lah 'party'... semalam wish dia happy birthday.. yang dia tahu nak "big cake.... put candle...danish blow" (hehehe ayat dia). "Danish want sponge bob cake... " kejap Sponge Bob kejap nak Barney hehehe... budak2 memang macam tu.. bukan dia makan sangat pon kek tu.. seronok sebab ada cartoon jer...

Kesian jugak anak ku yang sorang nie... semenjak ada adik selalu jugak kena 'marah'... dia semakin 'manja' nak kan perhatian.. yerlah dah 4 tahun melayan dia sorang tiba2 ada adik... dia nak kita 'layan' dia.. mulalah buat macam2 sampai kadang2 kita jadi penat.. bila jadik penat mulalah nak marah.. maaflah sayangku... mummy n daddy sentiasa sayangkan Danish macam dulu... marah mummy n daddy kerana KAMI SAYANGkan DANISH.... tapiii... nasib baik dia BEGITU SAYANGKAN adikk... tiap2 hari cium berkali-kali (sampai naik takut hehe)... sarung tangan n kaki selalu hilang kena sembunyi.. heheh...
Danish.. ini ucapan mummy buat Danish
" To my lovely boy... cute boy... clever boy....n good boy... I LOVE U SO MUCH.... nothing gonna change that.... jadilah anak yang soleh yang taat kepada-Nya, taat pada kedua ibu-bapa... Mummy doakan Danish akan sentiasa sihat... membesarlah menjadi anak yang bijak... rajin...n berjaya di Dunia dan Akhirat.. selamat ulang tahun ke 4"
SALAM SAYANG...
Mummy AYu :)

Monday, November 17, 2008

Dunia Baru

Aku dah memulakan rutin harian ku kepejabat setelah HABIS BERPANTANG 60 hari.....malas nak masuk keja.. cuti lama... syok gak dok umah jadi suri rumah walaupun tak berenti tangan keja tak habis-habis... melayan pulak si abg danish yg semakin kreatif menconteng.. buang sampah bawah katil, bawah sofa .. huhu....

Lama sungguh tak update blog.... imbas kembali saat aku melahirkan PUTERA ku yang ke 2.... wehhhh aku dah ada dua anak la....

DAMIEN AQHIEL... lahir jam 9.30 malam di Klinik Bakti Tanjong Malim...setelah 38 minggu berada di dalam perut mummy... sakit pinggang semua hilang.. sakit bersalin yang tak "terkata" tuuu pun hilang bila aku tatap baby ku buat kali pertama...

Pagi Jumaat tu aku dah rasa sakit... tapi tak kerap sangat... bagitau husband dia ajak g check la... aku rasa macam lambat lagi sebab sakit tu tak kerap... tapi ikut jer la cakap suami p lah jugak check... check baru 1cm... lambat lagi tuu...Dr suruh balik rest dulu. Dr kata mungkin malam kot... tapi kalau ada tanda dia suruh mai lagii... kami hantaq danish ker "school opis" then aku n husband balik rumah.. posa aku tergadai ari tu.. dengan selamba aku masuk KFC beli heheeh (tapi org paham tengok perot memboyot dah ).. makan tak selera pun seketul ayam pun tak dapat nak habisss... balik rumah aku terlelep...sakit sekejap ada sekejap takdak...aku terjaga dalam kul5 tengok dah ada tanda darah...banyak pulak tuuu... kami g klinik... baru 2cm lambat... Dr kata sakit dah over 50% macam dah sakit nak bersalin tapi lambat bukaan.... niee nampak gaya mcm lambat lagii Dr nak induis.. aku takmuu...wa......induis sakit... ramai kata sakitttttt woo
Aku kena tahan wadd.. kesian husband berbuka posa ngan Jai kat situ makan nasik goreng jer... anak sekali join dok kat wad... tq to Jaii.... banyak sangat dia tolong family kami... sanggup datang tunggu Danish. Lepas Maghrib nurse datang bawak aku masuk labor room check lagi lambattt baru 2 cm... 3 cm... Dr nak induis aku dia kata tak boleh tunggu.. tanda darah hitam takut baby tak sihat... Aku redha jaaa. walaupun dalam ati tuhan saja yang tahuu... waaaaaa. tak sangka nak terus kena induis.. husband tak masud labour room lagii Danish tak ada orang tungguu... Jai jaga exam.. husband call jiran aku yang setia jugak membantu... Jijan n Aida tq.. u all datang memeriahkan wad bersalin hehehehe...

Jam 8.00 pm diinduis 8.30 aku dah mula sakit... sakit yg kerap dan "ya amat sakit"...... waaaaaaaa tak boleh ingat.. mau nya macam nak gigit tilammm... mintak nurse panggil husband.. JIjan tak sampai lagiii n at last husband masuk jugak dengan anak.. kesian Danish takut tengok mummy sakitt... 8.45 dah tak tahan panggil Dr... check baru 5 cm... Dr ajaq aku cara supaya cepat bersalin.. kena berdiri bend kaki sakitttttttttt...tapi aku tabah kan atiii dok pikir nak cepat bersalin jaaa....NAsib husband ada... n Dr yang memang bersemangat memberi aku semangat... lahirlah DAMIEN AQHIEL jam 9.30 pm.... hilang segala sakit.

Aku dah mula busy kembali menguruskan 3 putera di rumah.. PUTERA yang kecik Ok jer...dalam pantang jer tak tido malam, sampai 6 pagi berjaga... yang 2 lagi PUTERA ?????? hehehe... bila nak dapat PUTERI nieee??? heheheh.. anywy..WELCOME to my new son... selamat datang ke DUNIA BARU.... u're most welcome in our family.....







(Damien baru jer keluar dari perut mummy)

Apabila Lelaki Curang


Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar,

"Yang jadi salah hingga boleh diistilahkan sebagai curang apabila sering mencari peluang untuk berdua-duaan, sama ada makan bersama sehingga berpeluang meluahkan perasaan atau memberikan kasih sayang,"

Mungkin hubungan yang dijalinkan mereka itu adalah terhad kepada batasan persahabatan?

"Persahabatan? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.

"Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, 'persahabatan' antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.
"Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta," jelasnya lagi.

Sebab itulah kata Tuah, beliau tidak menggalak sama sekali seorang lelaki atau wanita berstatus suami atau isteri menceritakan masalah peribadinya kepada seorang perempuan atau sebaliknya, sebab pasti mereka akhirnya akan terkandas.

Carilah orang yang betul untuk meluah masalah misalnya ustaz, ibu bapa, ketua jabatan, kaunselor mahupun pakar motivasi.