nuffnang add

Thursday, September 30, 2010

Emcee....

Akum dan salam sejahtera......
Hari nie aku ingin menulis pasal...bidang baru yang aku ceburi dan amat minati...dunia EMcee.....bermula dengan Majlis PErkahwinan Anak PEngarah di tempat aku bekerja aku mula mengorak langkah sebagai EMcee Tetap di tempat aku bekerja.....semuanya kerana MINAT dan bukan nak mengejar Glamor yer huhuh..... sebelum2 nie memang aku teringin nak jadik tapi malu mengatasi segalanya dan entah mcm mana nak jadik rezeki aku, aku menggantikan sorang rakan utk EMcee PErkahwinan Anak pengarah...so bermula lah...lepas habis majlis Pengarah offer aku pergi Kursus untuk PEngacaraan MAjlis....dan bermula lah dan minat tu semakin bertambah.....

aku dah banyak jugak pengalaman mengacarakan majlis2 formal melibatkan VVIP dan VIP...dan kini EMCee menjadi kerjaya sambilan aku untuk sebarang MAjlis (perkahwinan)....yg beshnya suamiku juga berbakat menjadi Emcee...n kami boleh jadi partner four any weeding...... so please contact us for detail information.......'The VoiceOver"

Monday, June 14, 2010

Sepi Itu Indah

Sepi itu indah..........lamanya mendiamkan diri dari dunia blog...anak pun dah nak dekat 2 tahun...so maksudnya dah dua tahun langsung aku tak update blog... wahhh lamanya...dalam masa dua tahun tu....banyak perkara yang berlaku yang mematangkan aku sebagai seorang manusia...... suka duka...silih berganti...dan itulah kehidupan yang tak lari dari dugaan...dan itu bermaksud Allah sayangkan aku...

Monday, March 16, 2009

Business Alpha Lipid

Aku terpanggil untuk menulis tentang business yang aku jalankan sekarang.........baru 2 bulan. Semalam aku ke Mines menyaksikan penerimaan BONUS kepada ahli-ahli dalam bentuk tunai.... RM6 juta di bawa ke stage dalam briefcase uncang 'tanpa' sebarang security.... berani beb!

Aku berani mulakan bisness nie sebab aku nampak 'kekuatan' pada produk... 'the quality of product'....dan dengan kekuatan produk tu.... bisness nie akan kekal lama di pasaran.. tambahan customer akan buat repetation buying.... di samping ia menyihatkan dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit 'INCOME $$$$' semakin lama semakin tinggi..... insyaallah aku akan menuju ke arah itu.... yang TERUJA tu.... makcik pakcik yang dah berumur naik atas stage terima DUIT........ no limit..... kenapa dia orang boleh kita yang muda-muda nie tak boleh............?
"Hanya kita yang dapat mengubah nasib.........."

Friday, March 6, 2009

Lama jugak menyepi.......... sekarang tengah sibuk gubal soalan final...komen soalan orang... pilih soalan...gubal soalan mid.... translate soalan....... semua nak kejar date line... kalau tak nanti orang bising.... so buat jerlah...



Diam tak diam Damien dah nak masuk 6 bulan....dah pandai...kenal mummy...dah pandai nak dokong.. yang tak tahan tu balik opis tak mau langsung letak bawah.. asyik nak berkepit saja... wah susah ooo mau buat kilija... tapi bila tengok muka kesiann lah pulak dah sehari kat rumah pengasuh.... problem lama datang lagiii....susah mau cari pengasuh. Damien dah di hantar ke pengasuh ke-2.... baru seminggu... harap-harap ok dan buat masa sekarang macam ok... tak boleh nak high expectation .... nanti org tak nak jaga..haru...


Pengasuh lama buat hal... konon ada family problem.. last minit sms jer bagi tau dah tak dapat nak jaga anak... kelam kabut cari pengasuh baru... aku dengan hhusband memang 'hangin satu badan" dengan pengasuh tu... bukan apa banyak sangat 'cakap' pusing2... aku dari dulu tak berapa bekenan dengan perangai dia yg "kepochi' + "suka bertandang' + 'cakap tak serba bikin' + 'over acting' + lain-lain lagiii yang buat aku menyampah... tapi dah takdak pilihan dia willing n beria-ia nak jaga anak aku... tut2 tak mau jaga pulak dahhhhhhhhh.... tapi aku suka sebenaqnya sebab dalam ati nie memang NIAT nak cari pengasuh lain... mana tahan tiap2 hari keluaq berjalan2... bawak anak aku pagi2.. balik tah kul brapa ...mana sesuai jaga anak org tapi aktiviti lama buat lagiii...... dia memang suka bertandang umah org n kaki rewang..... kes dia merewang ni lah dia tarik diri nak jaga anak aku..husband aku sound direct.... la nie... taip2 ari aku tengok dia keluaq merewang ngan jiran sebelah yg "TALAM 2 MUKA" hahaha... GERAM la tengokkk

Danish amsyar pulak bulan 11 baru nak masuk 5 tahun.........anak aku nie actually baru 4 tahun nieee......bulan 11 baru 5.. risau lah dengan Danish yg suka sangat tengok kartoon.... macam mana nak buat...kalau suruh buat homework jenuh laa nak memujuk... tak mau... waaaaaaaaaaa. Ingat kat sekolah ok... teacher dah mula merungut kat kelas dia tak mau buat latihan... "


He knows how to do but he refuse"......... mcm mana nak watt??? aku tengah mencari formula nie.... yg aku perasan anak aku sorang nie minat dia lebih pada melukis..melakar.... kalau bab menulis sorry kurang minat... tak mau! Adus.... anak jgn lah wat mumy n dady mcm nie...

Ini lah dugaan awal sebagai ibu....sabar lah.... masih ada ruang untuk diperbaiki....

"ANyway...... i luv my family very much...especially u asmawi..you're my sweetheart :)"

Thursday, February 12, 2009

12 FEBRUARY 2009

Di hari ini...tanggal ini, bulan ini apakah perasaan sebenar di dalam diri aku?
Gembirakah aku dengan ulangtahun kelahiran yang ke-31? Apa yang ada pada sebuah kelahiran untuk dikenang? Setiap kali menjelangnya tarikh seperti hari ini, ia hanya memberitahu bahawa setahun lagi telah bertambah janji untuk aku menghampiri kematian. Aku panjatkan syukur yang tidak terhingga sekurang-kurangnya aku masih bernyawa untuk insan-insan tersayang yang masih memerlukan aku sebagai seorang ibu dan sebagai isteri.... Kadang-kadang aku sering terbayangkan anak-anak tanpa aku.......kesian kannn.... YA ALLAH panjangkan umurku... amin

Ulang tahun kelahiranku sungguh bermakna dengan 3 kuntum bunga ros, kad ucapan istimewa, kek yang comel....hadiah...dan yang paling buat aku terharu ciuman kasih sayang dari suami dan anak-anak...walaupun kali ini sambutan dibuat awal dan bukannya seperti selalu genap jam 12 tengah malam tapi aku rasa bertuah diraikan oleh insan-insan tersayang..... Sebenarnya melihat wajah mereka dan kehadiran mereka sudah cukup mencukupi sebagai hadiah yg paling ISTIMEWA...
Selamat Ulangtahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

"Cinta Abadi Hanya pada Orang tersayang....... CINTA Abadi buat dia yang sentiasa di hati........ Cinta Abadi buat bidadari syurgaku.......SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG..yang sentiasa DI sisi abang sampai syurga............"

Terima kasih suamiku....

Wednesday, February 11, 2009

WAJAR ATAU TIDAK WAJAR?


"Tidak wajar kita menyangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu tahap pencapaian yang dikongsi bersama antara manusia dan haiwan. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal kuantiti dan kualiti masa yang kita luangkan bersama mereka.
Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?"

Friday, January 30, 2009

ANTARA KACA & PERMATA

Kita sering tersilap menilai antara kaca dan permata.
Permata yang kita miliki sering kali dibiarkan tanpa dijaga.
Semasa mengambilnya dulu, ia begemerlapan, namun sekarang tidak lagi di mata kita.
Kita anggap ia tidak bernilai, sedangkan hakikatnya, nilainya cukup tinggi.
Kita sering tertipu oleh panahan nafsu, yang menampakkan kaca umpama permata.
Kita menggilap kaca tersebut hingga berkilat dan begemerlapan, namun nilainya tetap tidak seberapa.

Sebaliknya kita biarkan permata yang dimiliki, tanpa menjaganya, tanpa menggilapnya,
Hinggakan ia menjadi kusam dan berdebu.
Namun, permata tersebut tetap tinggi nilaiannya.
Walau bagaimanapun, tatkala permata tersebut hilang dari milikan kita,
Baru kita sedar betapa permata yang kita miliki amat tinggi nilaiannya.
Tiada guna sesalan dan air mata,
Kerna kitalah puncanya, akibat tipudaya syaitan dan tuntutan nafsu yang memesongkan.

Begitulah perumpamaan PERMATA yang kita miliki, anugerah ALLAH kepada kita.
Pasangan dan anak-anak kita itulah PERMATA yang sebenar.
Kita seharusnya menggilap agar ia bergemerlapan dan bersinar.
Mungkin pada mata kasar, kita tidak dapat membuat nilaian yang sebenar,
Hinggakan kita tertarik akan kilauan 'kaca' yang tidak bernilai.
Bagi mereka yang berfikir dan faham akan tanggungjawab,
Semestinya permata yang dimiliki akan dijaga sebaik mungkin daripada hilang atau dirampas.
Renungkanlah...