nuffnang add

Thursday, February 12, 2009

12 FEBRUARY 2009

Di hari ini...tanggal ini, bulan ini apakah perasaan sebenar di dalam diri aku?
Gembirakah aku dengan ulangtahun kelahiran yang ke-31? Apa yang ada pada sebuah kelahiran untuk dikenang? Setiap kali menjelangnya tarikh seperti hari ini, ia hanya memberitahu bahawa setahun lagi telah bertambah janji untuk aku menghampiri kematian. Aku panjatkan syukur yang tidak terhingga sekurang-kurangnya aku masih bernyawa untuk insan-insan tersayang yang masih memerlukan aku sebagai seorang ibu dan sebagai isteri.... Kadang-kadang aku sering terbayangkan anak-anak tanpa aku.......kesian kannn.... YA ALLAH panjangkan umurku... amin

Ulang tahun kelahiranku sungguh bermakna dengan 3 kuntum bunga ros, kad ucapan istimewa, kek yang comel....hadiah...dan yang paling buat aku terharu ciuman kasih sayang dari suami dan anak-anak...walaupun kali ini sambutan dibuat awal dan bukannya seperti selalu genap jam 12 tengah malam tapi aku rasa bertuah diraikan oleh insan-insan tersayang..... Sebenarnya melihat wajah mereka dan kehadiran mereka sudah cukup mencukupi sebagai hadiah yg paling ISTIMEWA...
Selamat Ulangtahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

"Cinta Abadi Hanya pada Orang tersayang....... CINTA Abadi buat dia yang sentiasa di hati........ Cinta Abadi buat bidadari syurgaku.......SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG..yang sentiasa DI sisi abang sampai syurga............"

Terima kasih suamiku....

Wednesday, February 11, 2009

WAJAR ATAU TIDAK WAJAR?


"Tidak wajar kita menyangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu tahap pencapaian yang dikongsi bersama antara manusia dan haiwan. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal kuantiti dan kualiti masa yang kita luangkan bersama mereka.
Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?"

Friday, January 30, 2009

ANTARA KACA & PERMATA

Kita sering tersilap menilai antara kaca dan permata.
Permata yang kita miliki sering kali dibiarkan tanpa dijaga.
Semasa mengambilnya dulu, ia begemerlapan, namun sekarang tidak lagi di mata kita.
Kita anggap ia tidak bernilai, sedangkan hakikatnya, nilainya cukup tinggi.
Kita sering tertipu oleh panahan nafsu, yang menampakkan kaca umpama permata.
Kita menggilap kaca tersebut hingga berkilat dan begemerlapan, namun nilainya tetap tidak seberapa.

Sebaliknya kita biarkan permata yang dimiliki, tanpa menjaganya, tanpa menggilapnya,
Hinggakan ia menjadi kusam dan berdebu.
Namun, permata tersebut tetap tinggi nilaiannya.
Walau bagaimanapun, tatkala permata tersebut hilang dari milikan kita,
Baru kita sedar betapa permata yang kita miliki amat tinggi nilaiannya.
Tiada guna sesalan dan air mata,
Kerna kitalah puncanya, akibat tipudaya syaitan dan tuntutan nafsu yang memesongkan.

Begitulah perumpamaan PERMATA yang kita miliki, anugerah ALLAH kepada kita.
Pasangan dan anak-anak kita itulah PERMATA yang sebenar.
Kita seharusnya menggilap agar ia bergemerlapan dan bersinar.
Mungkin pada mata kasar, kita tidak dapat membuat nilaian yang sebenar,
Hinggakan kita tertarik akan kilauan 'kaca' yang tidak bernilai.
Bagi mereka yang berfikir dan faham akan tanggungjawab,
Semestinya permata yang dimiliki akan dijaga sebaik mungkin daripada hilang atau dirampas.
Renungkanlah...

Thursday, January 15, 2009

Selamat Datang Pelajar baru ke PSAS


Minggu nie pelajar-pelajar baru PSAS sibukdengan orientasi... kali nie utk sesi Jan 2009 aku jadi AJK makanan jer... kena pantau makanan students setiap hari di cafe....... kalau tak semester2 sebelum nie aku jadi MC untuk perasmian n penutupan MSK... di ambil alih oleh 'dia tu'... heheh takperlah dia pun teringin gak nak jadiii.... aku tauuuuuuuuuuu..... hahahah... semester lepas aku tolak nak jadi MC sebab aku mengandungkan si Damien.... En Nizam mintak jadi MC Konvo pun terpaksa tolak sebab tak larat berdiri...

Sepanjang aku menjadi AJK makanan dan sepanjang aku memantau makanan di cafe... aku mula teringat2 saat aku menjadi student dulu dan pernah juga melalui minggu suai kenal yang memenatkan... tapi semua tu adalah kenangan terindah yang tak dapat dilupakan dari lipatan ingatan...... Rindu pulak UUM... rindu pulak suasana damai di sana...... teringat pulak kenangan suka-duka di sana... teringat pulak pagi2 berjalan kaki dengan kasut tumit tinggi ke kuliah cross ikut tasek heheh... teringat pulak saat2 aku dalam kuliah dan asyik mengantuk jer kalu dapat lecturer boringg... teringat pulak saat buat assingment last minute esok nak hantaq malam nie berjaga tak tido malam........... teringat pulak saat dapat 'bunga' dari seorang lelaki yang tunggu di luar rumah.......... hahahaha...
Aku juga pernah gagal dan bangun semula hanya dengan azam dan semangat yang tak pernah padam. Aku bukan antara pelajar yang cemerlang tapi aku teringat kata2 mak "hang nie selalu bernasib baik"........... bernasib baik ker aku?? takkan semua kejayaan aku selama nie bergantung pada nasib?

Wednesday, January 14, 2009

JANJIMU


** apapun...kesetiaan aku pada isteri tersayang...akan aku abadikan selamanya...kerna kaulah BIDADARIKU di syurga kelak....abang akan pastikan kita bahagia selamanya SAYANG....dan janji ikrar kita sehidup semati..abg tanam jauh dilubuk hati abg yang luhur ini...demi SAYANG dan anak-anak...."Raja Abdullah" bukanlah jiwa yang perlu abg selami dan perlu abg jadikan realiti....ITU JANJI ABG.....

Akan kuabadikan 'janjimu padaku'............ jauh di sudut hatiku sebagai seorang isteri...... aku merelakan suamiku berjuang di pentas 'theater' tapi terus terang ku katakan jauh di sudut kecil hatiku ini juga aku amat takutkan 'penghayatan lakonannya' menjadi kenyataan.......... telah kucuba buang jauh2 semua prasangka........ semua 'cemburu wanita' dihatiku tapi 'ianya' TETAP ada............. entah kenapa?? Aku benci dengan perasaan itu tapi perasaan itu yang sering mengganggu malam ku.......dan tidur aku...dan ianya menjadi mimpi burukku.

Tapiiiiiiii..............aku percayakan dia... setiap tutur kata dan JANJInya telah kusemadikan dalam hatiku kerana itulah aku relakan........ walaupun terpaksa aku korbankan segala perasaanku.....
Aku relakan dia......
"Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan"

Danbuatmu suami jangan menjadi seperti ....janji ikrar yang dilafazkan oleh Raja Abdullah terhadap Puteri Sakdong...
yang akhirnya memakan dirinya sendiri....

Tuesday, January 13, 2009

CINTA ADAM & HAWA

CINTA ADAM & HAWA
Aku tertarik dengan lagu baru Misha Omar.... sedap jugak.... lirik pun besttt....

jom kita layannnnnnnnnnnn

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga
terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

Cinta adam dan hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya

Cinta adam dan hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta.....oh
Kasihku di Firdausi

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

Tuesday, January 6, 2009

01 January 2009



HAPPY NEW YEAR ........Tahun baru....azam baru... dan umur pun semakin meningkat nie.....Cepat sungguh masa berlalu... tak sangka aku dah melangkah ke alam 30 an... wahh terasa macam tua la bila naik angka 30 + huhu... Tahun nie.. kehidupan kami sekeluarga lebih ceria dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata... ehm sibuk lah sikit.. mulalah rutin berjaga malam... mendodoi si kecik... dah pandai merap2 nak dukung... sekarang nak pegi berriadah dengan suami dah mula kena sorong trolley.... ehm tapi itulah yang nikmatnya.. Melihat senyuman dan mendengar tawa kedua-dua anakku sudah cukup menghilangkan penat seharian bekerja.... itulah nikmat yang tidak terhingga yang ALLAH kurniakan kepadaku...

Tahun 2009 suami ku bertambah sibukk... inilah cabarannya.. dia sibuk dengan theater dan hampir setiap malam ke latihan, tambahan semester nie kelas dia malam... di malam hari aku hanya bertemankan 2 hero ku... Bulan 2 abg akan lagi sibuk.... dan yg pastinya aku 'tidak' dapat nak tengok pun theater tuu.... Takpalah aku dah pernah tengok 'sikit' dulu... memang husbandku boleh berlakon... Akupun tak pasti husband aku nak aku tengok ker tak nak? Yang mana satu ok? tapi aku macam tak 'benarkan diri aku tengok'......... kenapa ek??? ehmmm adalah sebab2 nya dan hanya aku yang tahu (apa melalut heheh?)

Tahun nie aku mulakan dengan azam baru.....
"Jadilah yang "TERBAIK" sebagai seorang 'isteri' kepada suamiku yang TERBAIK........ jadilah ibu yang TERBAIK kepada anak-anakku yang TERBAIK............"