nuffnang add

Thursday, February 12, 2009

12 FEBRUARY 2009

Di hari ini...tanggal ini, bulan ini apakah perasaan sebenar di dalam diri aku?
Gembirakah aku dengan ulangtahun kelahiran yang ke-31? Apa yang ada pada sebuah kelahiran untuk dikenang? Setiap kali menjelangnya tarikh seperti hari ini, ia hanya memberitahu bahawa setahun lagi telah bertambah janji untuk aku menghampiri kematian. Aku panjatkan syukur yang tidak terhingga sekurang-kurangnya aku masih bernyawa untuk insan-insan tersayang yang masih memerlukan aku sebagai seorang ibu dan sebagai isteri.... Kadang-kadang aku sering terbayangkan anak-anak tanpa aku.......kesian kannn.... YA ALLAH panjangkan umurku... amin

Ulang tahun kelahiranku sungguh bermakna dengan 3 kuntum bunga ros, kad ucapan istimewa, kek yang comel....hadiah...dan yang paling buat aku terharu ciuman kasih sayang dari suami dan anak-anak...walaupun kali ini sambutan dibuat awal dan bukannya seperti selalu genap jam 12 tengah malam tapi aku rasa bertuah diraikan oleh insan-insan tersayang..... Sebenarnya melihat wajah mereka dan kehadiran mereka sudah cukup mencukupi sebagai hadiah yg paling ISTIMEWA...
Selamat Ulangtahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

"Cinta Abadi Hanya pada Orang tersayang....... CINTA Abadi buat dia yang sentiasa di hati........ Cinta Abadi buat bidadari syurgaku.......SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG..yang sentiasa DI sisi abang sampai syurga............"

Terima kasih suamiku....

No comments: