nuffnang add

Monday, January 5, 2009

25 DISEMBER 2008

Bulan ini.. tarikh ini genap 5 tahun aku berumahtangga.... bergelar isteri kepada seorang suami... Sudah separuh dekad, aku dan suami menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan. Terkenang saat ketika kami belum memulakan persahabatan apabila aku terpandang dia... terdetik di hati aku 'mungkin dialah bakal suamiku..........'

Semasa baru berumahtangga, segalanya indah. Ia suatu peningkatan dan pencapaian dalam kehidupan. Keindahan itu berubah kepada suatu keadaan baru dengan ketibaan cahaya mata kurniaan Allah. Hanya Dia yang Tahu betapa hebatnya perasaan semasa mendukung anak buat kali pertama.

Dari dua menjadi tiga. Ia suatu kebahagiaan. Sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan yang melangkah ke alam perkahwinan.

Namun kadang-kadang kita terlupa.
Dalam sebuah rumahtangga itu bukan hanya ada mummy dan daddy. Rumahtangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri.
Kerana sibuk dengan rutin kehidupan seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan isteri tenggelam.Suami melihat isteri sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Isteri pula melihat suami sebagai ayah kepada cahaya mata tumpuan kasih dan cinta mereka. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal hanya pandangan ibu dan bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada di dalam sebuah rumahtangga.

25 Disember 2008 berlalu begitu sahaja tanpa apa2 yang istimewa buat aku dan suami.... HAPPY ANNIVESARY ke5 suamiku.... semoga ikatan kasih sayang kita kekal hingga hujung nyawa. Macam biasa kami ada plan.. tapi agak terlambat plan bila 25 hb jer KRISMAS day so semuanya penuh.... hotel penuh.... nak pegi jauh2..memikirkan anak pulak... Aku frust jugak lah... bukan apa setahun sekali sepatutnya tarikh itu 'perlulah dikenang' dan diraiikan oleh aku dan suami... apa salahnya setahun sekali jerr...
Mulanya husbandku plan nak ke GENTING.. genting mcm biasa lah penuhlah kalau 25 hb... tak sempat nak booking hotel... so dia nak bawak aku jalan2 Penang.... besh jugak Penang dah lama tak g penang... aku dah terbayang nak g Padang Kota makan Pasembur heheh...husband nak bertolak 24 hb... then 26 katanya nak balik kampung.. tut2 on 23 he came back from office n decide nak balik 'kampung' on 24.... 'tanpa singgah di Penang'.................. "yg mak demam tak lega lagi... dia menangis bagitau Syafiq (anak buah) anak2 dia tak mau balik tengok dia dah'... 'yang kita balik awaii... abg sedih lah"............... Dia peluk aku...huhu aku sedih....apakan daya aku sebagai seorang isteri....aku akur semestinya ibu lah diberi keutamaan dalam apa jua hal.... aku REDHA.. masih terngiang2 di kepala masa mula2 aku kawin dulu "yang nie isteri no-2....isteri no-1 abg, mak abg lah".............. ... sebagai anak "Ibulah yang perlu diberi keutamaan..dan syurga kan di bawah kaki ibu...."
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” (Luqman 34:14).
Tapi takpa lah.....banyak tahun lagiiiiii 25 hb DISEMBER itu akan datang....... semoga dengan KEPULANGAN kami melawat org TUA di kampung mendapat keberkatan dan ALLAH memberi lebih rahmatnya kepada rumahtangga kami..........
Anyway...buat suami ku tersayang.........terima kasih kerana hadiahkan yg sepasang kain songket kuning yang menawan. Hadiah bukan ukuran... tapi kasih sayang dari seorang suami itu lebih bermakna dalam hidup seorang bergelar isteri dan "AKU MENCINTAIIMU TANPA SYARAT"

"Betulkan pandangan terhadap isteri. Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita. Walaupun sudah dimamah usia, dialah separuh hidup kita. Separuh yang manis, kata pepatah Arab. Adanya isteri dan suami, sempurnalah sifat seorang insan. Bayangkan sahaja Adam di Syurga, segala-galanya sudah sempurna. Tetapi tetap terasa kurang kerana dirinya tiada pasangan…
Hargailah kasih sayang suami dan isteri, pandanglah dengan pandangan hati, kerana ia pandangan hakiki." Ustaz Abu Saif

2 comments:

fareeza_azeeraf said...

sedih jer bace coretan akak ni...huhhu.xsabar nak kawen..pe plak cabaran yang bakal sy hadapi..doakan sy.

AYU said...

Biasalaa.......dalam idup memang ada cabaran...selagi kita bernyawa... maksudnya Tuhan sayangkan kita... cepat2 la kawen Fad... besh ada org jaga kita :)